PRIVASI
POLISI

NOTIS PRIVASI FM GROUP SELARAS DENGAN AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (“NOTIS”)

Terakhir dikemas kini pada 15 Januari 2026.

Notis
Polisi Privasi

Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang telah dipinda melalui Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024 (“Akta”), Notis ini dikeluarkan untuk memaklumkan pelanggan, klien, kontraktor, sub-kontraktor, pembekal serta mana-mana pihak berkepentingan tentang hak mereka berkenaan data peribadi yang telah dan/atau akan dikumpul serta diproses oleh FM Global Logistics Holdings Sdn. Bhd., termasuk anak-anak syarikat dan syarikat bersekutu (secara kolektif dirujuk sebagai “kami”, “FM” atau “FM GROUP”).

Notis ini menjelaskan cara FM GROUP mengumpul, memproses dan melindungi data peribadi anda. Bagi tujuan Notis ini, semua istilah yang digunakan hendaklah mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrifkan di bawah Akta.

Pengumpulan
Data Peribadi

FM GROUP telah dan akan terus mengumpul data peribadi anda untuk diproses oleh FM GROUP dan/atau bagi pihak kami sepanjang urusan anda yang sedang berlangsung atau pada masa hadapan dengan FM GROUP. Data peribadi tersebut adalah diperlukan bagi membolehkan kami memenuhi “Tujuan” yang dinyatakan dalam Notis ini berhubung dengan aktiviti perniagaan kami

Deskripsi data
peribadi

Kategori data peribadi yang akan dikumpul oleh FM GROUP merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:

  • Nama penuh;
  • Nombor kad pengenalan/pasport;
  • Jantina;
  • Tarikh lahir;
  • Alamat emel;
  • Nombor telefon;
  • Alamat kediaman;
  • Latar belakang pekerjaan dan akademik;
  • Maklumat kewangan (seperti akaun bank, gaji);
  • Maklumat kenderaan dan insurans (jika berkenaan);
  • Alamat IP dan rekod log sistem;
  • Gambar atau rakaman video;
  • Data peribadi sensitif (seperti status kesihatan, rekod jenayah – jika perlu); dan
  • Maklumat yang direkodkan melalui sistem kawalan keselamatan dan akses, termasuk data suara, video, biometrik (seperti cap jari atau pengecaman wajah), Kamera Litar Tertutup (CCTV), dan rakaman keselamatan, jika berkenaan, untuk tujuan keselamatan dan pengesahan identiti.

Tujuan pengumpulan
data peribadi

FM GROUP boleh menggunakan data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Mengurus dan mengekalkan hubungan perniagaan;
  • Mematuhi keperluan peraturan dan obligasi undang-undang;
  • Pengurusan kontrak dan komunikasi berkaitan;
  • Tujuan audit dan keselamatan;
  • Penambahbaikan perkhidmatan dan kecekapan operasi;
  • Aktiviti pemasaran, promosi, atau penglibatan pelanggan (dengan persetujuan); dan
  • Mana-mana tujuan lain seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang.

Sumber data
peribadi

FM GROUP boleh mengumpul data peribadi anda daripada pelbagai sumber, termasuk tetapi tidak terhad kepada borang permohonan yang telah diisi, laman web rasmi kami, kad perniagaan, emel, surat-menyurat, sistem pengawasan di premis FM GROUP serta sebarang dokumen atau komunikasi lain yang dihantar atau diterima sepanjang tempoh urusan perniagaan dengan FM GROUP.

Pendedahan data
peribadi

FM GROUP boleh mendedahkan data peribadi anda kepada anak-anak syarikat lain dalam kumpulan FM GROUP. Anak-anak syarikat tersebut dikehendaki mengambil kira semua data peribadi sebagai sulit, selaras dengan Polisi Privasi dan undang-undang perlindungan data yang berkuatkuasa dan hanya memproses data tersebut untuk Tujuan yang dinyatakan dan dalam terma-terma yang ditetapkan dalam notis ini. FM GROUP kekal bertanggungjawab terhadap data peribadi yang berada di bawah kawalannya, termasuk sebarang data peribadi yang didedahkan kepada pembekal (sering dirujuk sebagai “pemproses data”).

FM GROUP akan mengambil semua langkah yang munasabah untuk memastikan pembekal memberikan tahap perlindungan yang setara bagi data peribadi yang mereka proses bagi pihak kami. FM GROUP komited untuk mematuhi Akta, termasuk semua polisi, garis panduan dan arahan yang dikeluarkan di bawahnya.

Keselamatan data
peribadi

FM GROUP melaksanakan prosedur dan langkah keselamatan yang ketat bagi mengelakkan akses tanpa kebenaran sejauh yang mungkin. Data peribadi yang dihantar kepada FM GROUP melalui laman web, aplikasi atau platform kad kredit dalam talian dilindungi semasa penghantaran menggunakan teknologi penyulitan seperti Transport Layer Security (“TLS”). Data peribadi yang disimpan oleh FM GROUP ditempatkan dalam sistem komputer dengan akses terhad dan di premis yang menggunakan kawalan keselamatan fizikal yang kukuh. Data yang disimpan dalam persekitaran awan turut disulitkan, termasuk apabila diuruskan melalui penyedia perkhidmatan pihak ketiga. Semua data peribadi yang diselenggara dalam bentuk bukan elektronik juga tertakluk kepada prosedur pengendalian dan langkah perlindungan yang ketat.

Penggunaan
“cookies”

“Cookies” yang digunakan oleh laman web hanya dikaitkan dengan pengguna dan peranti secara anonim, dan ia tidak memberikan sebarang data peribadi kepada FM GROUP. Sesetengah cookies mungkin digunakan oleh pihak ketiga untuk membantu FM GROUP menganalisis keberkesanan interaksi dan promosi FM GROUP. “Cookies” yang digunakan di laman web tidak mengumpul sebarang data peribadi yang boleh mengenal pasti pengguna individu. Selain itu, “cookies“ini bersifat sementara dan digunakan semata-mata untuk meningkatkan keberkesanan pengalaman pelayaran anda. Pengguna boleh mengkonfigurasi pelayar mereka untuk menerima pemberitahuan “apabila” cookies dihantar atau untuk menyekat pemasangan “cookies” pada peranti mereka.

Pemindahan data
peribadi

Sekiranya diperlukan, data peribadi anda boleh dipindahkan ke lokasi di luar Malaysia selaras dengan Akta dan hanya apabila perlindungan yang mencukupi dapat dijamin.

Tujuan pemasaran
dan promosi

FM GROUP akan menggunakan data peribadi anda untuk memberikan maklumat terkini mengenai promosi, berita, atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh FM GROUP. Anda boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi sedemikian pada bila-bila masa dengan memaklumkan kepada kami secara bertulis.

Tanggungjawab
pemegang data

Adalah wajar bagi FM GROUP untuk mengumpul dan menyimpan data peribadi anda, justeru, anda diwajibkan untuk memberikan data tersebut dengan tepat dan lengkap. Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan FM GROUP tidak dapat memproses data peribadi anda bagi tujuan yang dinyatakan dalam Klausa 3 di atas atau menyediakan perkhidmatan kami dengan berkesan kepada anda. Dalam keadaan sedemikian, FM GROUP berhak untuk menamatkan, dengan serta-merta, sebarang hubungan yang telah atau akan terjalin antara anda dan FM GROUP.

Hak pemegang
data

Anda berhak untuk meminta akses kepada data peribadi anda, membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda, mengehadkan pemprosesan data peribadi anda, atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cara FM GROUP memproses data peribadi anda dengan menghubungi kami melalui maklumat yang disediakan di bawah.

Perakuan dan
persetujuan

Dengan menjalin urusan dengan kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami notis ini serta memberikan persetujuan terhadap pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda sebagaimana yang dinyatakan di atas.

Pegawai
perlindungan data

Selaras dengan Akta, FM GROUP telah melantik seorang Pegawai Perlindungan Data (“DPO”) yang bertanggungjawab untuk memantau pematuhan terhadap Akta tersebut.

DPO boleh dihubungi sekiranya sebarang persoalan berkenaan perlindungan data atau untuk melaksanakan hak anda di bawah Akta dengan menghantar pertanyaan atau permintaan secara bertulis kepada: -

Alamat Lot 37, Lebuh Sultan Mohamed 1, Kawasan Perindustrian Bandar Sultan Suleiman, 42000 Port Klang, Selangor Darul Ehsan.
Tel 603 3176 1111
Faks 603 3176 2188
Emel [email protected]

Perubahan kepada
notis

FM GROUP berhak untuk meminda/mengemas kini notis ini dari semasa ke semasa dan akan memastikan bahawa notis berkenaan pindaan tersebut disediakan kepada anda melalui laman web korporat kami di www.fmgloballogistics.com atau melalui mana-mana kaedah lain yang ditetapkan oleh kami.

Notis ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan, versi Bahasa Inggeris hendaklah diutamakan.