Responsibilities
- Memandu & Penghantaran: Mengangkut barangan dengan selamat dan tepat pada masanya antara kilang, gudang, pelabuhan (cth. Pelabuhan Klang)
- Pemeriksaan kenderaan: Menjalankan pemeriksaan harian sebelum perjalanan (tayar, brek, lampu, cecair, sambungan treler), melaporkan kerosakan, dan memastikan kenderaan sentiasa bersih. Memastikan cukai jalan, insurans dan pemeriksaan Puspakom sentiasa sah.
- Keselamatan & peraturan jalan raya: Mematuhi Akta Pengangkutan Jalan dan had laju, mengelakkan muatan berlebihan, mengambil rehat yang mencukupi untuk mengelakkan keletihan, dan memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) di pelabuhan dan tapak kerja.
- Dokumentasi: Mengendalikan pesanan penghantaran (DO), bukti penghantaran (POD), lembaran perjalanan, dokumen pelabuhan/kastam, serta laporan kerosakan atau insiden.
- Pengendalian insiden: Melaporkan kemalangan, kerosakan kenderaan, kecurian atau kerosakan kargo dengan segera, dan mengikut prosedur syarikat (termasuk membuat laporan polis jika perlu).
- Keselamatan kargo: Memastikan kenderaan dan muatan sentiasa selamat, terutamanya semasa berhenti bermalam.